Powered By Blogger

Isnin, 2 Mei 2011

The Royal Wedding

Wahhh...inilah saat-saat yang ditunggu oleh orang ramai..bukan hanya setakat rakyat di UK tapi rakyat malaysia juga turut serta menyaksikan perkhawinan putera dari anak pasangan putera charles dan puteri diana.Menjadi satu sejarah yang amat berharga yang mambawa kenangan sampai bila-bila pun..setalah sekian lama hubungan terjalin sebagai couple,kini akhirnya kedua-dua pihak membuat keputusan untuk meneruskan hubangan yang lebih kukuh ke jinjing perkhawinan.

29 April 2011,di mana tarikh ini menjadi pilihan pasangan pengantin Prince William dan Catherine Middleton untuk hari yang istimewa buat mereka.Westminester Abbey adalah tempat di mana mereka akan mengikat pertalian sebagai suami isteri dan sekaligus Chatherine Middleton akan di nobatkan sebagai Princess yang dulunya hanyalah seperti rakyat biasa.Pada suatu ketika dahulu juga Prince William menjadi rebutan orang yang pastinya dari golongan orang yang berada,akan tetapi akhirnya Prince William tetap dengan pilihannya untuk menjadikan Catherine Middleton sebagai pasangan hidupnya.

Apa yang membuatkan orang tersentuh hati apabila keluar dari Westminester Abbey,pasangan itu menggunakan kenderaan kereta kuda seperti yang digunakan oleh Prince Charles and Princess Diana  pada suatu ketika dahulu hari perkahwinan mereka.Tibanya di  Buckingham Palace,pasangan tersebut membuat satu sejarah yang akan disaksikan orang ramai di Balcony dengan memberi lambaian kepada orang ramai yang menyaksikannya.Apa yang dapat saya tahu lagi,Prince William memberikan cincin kepada Princess Catherine Middleton milik ibu Prince William iaitu Princess Diana.Mungkin itu adalah salah satu peninggalan Princess Diana untuk anaknya Prince William.

Satu sejarah sudah pun tercatat..sekarang persoalannya,apa akan kah Prince Harry menyusuli abangnya Prince William..?Apakah pula sejarah yang akan di catat oleh Prince Harry..?Siapakah pilihan Prince Harry untuk menjadi isterinya..?Siapakah pula yang akan menyusuli Princess Catherine yang dinobatkan sebagai Princess yang ke-2..?

Pastinya kita akan nantikan apa yang akan berlaku dan sejarah yang baru akan dicipta suatu ketika nanti.

Lorna